KOPEN

Unit SG COOP

KOPEN telah mula mengorak langkah meluaskan lagi aktiviti perniagaan KOPEN dengan menceburi bidang pemborongan. Ini adalah didorong daripada Dasar Koperasi Negara yang menekan bidang pemborongan dan peruncitan sebagai salah satu daripada 5 EPP (Entry Point Project) yang diberi penekanan untuk memberi KDNK Negara sebanyak RM50juta menjelang tahun 2020. KOPEN telah dipilih pada tahun 2013 untuk menerajui EPP Pemborongan dan Peruncitan dan KOPEN mengambil serius cadangan ini.

KOPEN telah mewujudkan Unit Pemborongan dan Peruncitan dan melantik telah satu kumpulan kakitangan untuk menggerakkan projek ini dengan projek permulaan ialah membawa masuk barangan berpotensi dari China untuk diedarkan ke koperasi-koperasi sekitar Selangor dan ke institusi-institusi KOPENIAGA dan penjara. Pada penghujung tahun 2014, apabila sambutan dari kalangan lain-lain koperasi terhadap projek ini hambar, KOPEN mengambil inisiatif untuk membuka pelaburan kepada kalangan koperasi yang mempunyai hubungan yang baik dengan KOPEN dan 6 buah koperasi telah bersetuju dan telah memeterai perjanjian dengan kopen untuk melabur dalam projek pemborongan ini. Koperasi tersebut adalah;

• Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia Berhad (UNIKEB)
• Koperasi Kakitangan UiTM Berhad
• Koperasi UPM Berhad (KUPUTRA)
• Koperasi Pelaburan Proton Berhad (KoPRO)
• Koperasi Pekerja-Pekerja MARDI Berhad (KoMARDI)
• Koperasi Kakitangan Bernas Berhad (KBB)

Pada penghujung tahun 2015, pihak KOPEN telah menyewa sebuah kedai berdekatan dengan Office HQ KOPEN yang dijadikan sebagai gudang penyimpanan dan pusat jualan barangan runcit dan borong. Proses pemasangan signboard, baik pulih kedai, permit lesen perniagaan, pemasangan rak di dalam gudang juga dibuat. Segala peralatan dan aset di dalam gudang juga disediakan.

Pada bulan Oktober, pihak SG COOP telah mencari pembekal bumiputera untuk membekalkan barangan runcit dan borong di gudang. Ini kerana, matlamat penubuhan SG COOP adalah untuk memperkasakan ekonomi bumiputera. Antara pembekal yang terlibat ialah daripada Jalen, Adabi, Kipas Udang, Tepung Bidara, Era Bayam dan beberapa Usahawan IKS. Pada bulan November, beberapa jenis SKU telah masuk secara berperingkat bagi memudahkan proses penyusunan barang dengan lebih teratur.

Pihak SG COOP juga telah memasang sistem SQL untuk rekod pengeluaran, kemasukan , invoice, nota penghantaran dan sebagainya. Manakala di gudang menggunakan sistem pos dari TM. SG COOP bergerak secara rasmi pada bulan Disember 2015. Proses pemasaran juga telah dilakukan untuk membekalkan produk runcit kepada kopeniaga, kedai koperasi, kedai runcit dan restoran di Selangor.



Berikut merupakan senarai pembekal dan jenis barangan yang dibekalkan oleh SG COOP:

KOPEN