KOPEN

HARTA TANAH

Sehingga Mac 2016, pihak pengurusan terus mengatur strategi pelaburan dalam hartanah dengan penuh berhati-hati bagi mengukuhkan produktiviti. Nilai hartanah ini semakin meningkat kerana faktor kekuatan dan prestasi ekonomi negara. Hartanah yang dimiliki oleh KOPEN adalah seperti berikut:-

  1. Koperasi memiliki 6 unit rumah kedai iaitu 1 unit rumah kedai di Taman Sentosa Sungai Jelok (disewa), 1 unit rumah kedai di Bandar Teknologi Kajang (disewa) dan 1 unit rumah kedai di Bandar Proton Tanjung Malim, Perak (kosong) dan 1 unit bangunan 3 tingkat Pusat Komersil Sri Jelok, Kajang yang digunakan sebagai pejabat operasi KOPEN.

  2. Koperasi juga memiliki 5 unit pangsapuri di Hentian Bas Kajang yang mana 4 unit dalam proses pembaikan yang bertujuan untuk meninggikan sedikit nilai komersil untuk dijual dan 1 telah diubahsuai menjadi 9 bilik yang dilengkapi dengan perabot untuk disewakan kepada pelajar UKM yang juga dalam perkiraan untuk dijual. Buat masa ini, 2 bilik telah disewakan. 1 unit pangsapuri di Taman Bukit Kenangan Kajang yang sudah disewa dan 1 unit lagi perlu dibuat sedikit pembaikan selepas dikosongkan oleh penyewa terdahulu. Kedua-dua unit pangsapuri ini juga dalam proses untuk dijual dan hasil jualan unit pangsapuri ini akan digunakan membeli asset bangunan lain yang lebih berdaya maju.

  3. 2 unit pangsapuri di Corus Lagoon Hotel Port Dickson, Negeri Sembilan telah memberi pulangan dengan tempahan dari anggota-anggota yang berminat.

  4. Tanah kelapa sawit di Kpg Getah,Tapah (bersebelahan tapak UiTM,Tapah) seluas 6 ekar yang di cadang untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan.

  5. Tanah kelapa sawit seluas 3.1 ekar Mukim Bidor Negeri Perak dan diurus oleh RISDA. Pokok telah mengeluarkan hasil.

  6. KOPEN juga telah membeli semua bangunan 3 tingkat di Tapah (bersebelahan UiTM Tapah) yang sedang dalam fasa kedua pembinaan. Harga bangunan tersebut RM798,800.00.

  7. Semua hartanah yang dimiliki oleh KOPEN kecuali di Pusat komersil Sg Jelok adalah bebas dari pinjaman dengan pihak bank. Pusat Komersil Sg Jelok dibeli menggunakan Dana Tabung Modal Pembiayaan Koperasi. Nilai keseluruhan kini hartanah dianggarkan melebihi RM 3 juta.

KOPEN