KOPEN

KOPEN Maju Sdn Bhd

Kopen Maju Sdn Bhd (Kopen Maju) adalah merupakan syarikat bersekutu Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN). Pada tahun 2006, Anggota Lembaga Koperasi KOPEN telah membuat keputusan menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang komisari yang membekal barangan keperluan harian banduan kepada kantin tempat jumpa ke semua penjara di Semenanjung Malaysia.

Kopen Maju Sdn Bhd mula beroperasi pada Ogos 2006 dengan berbekalkan modal sebanyak RM500,000. Sehingga kini, modal yang dipegang telah hampir mencecah RM2,000,000.00. Kopen Maju juga telah berjaya membeli sebuah Apartment yang berharga RM200,000.00 dan kini hampir dalam proses penyelesaian penuh bayaran yang masih berbaki dan juga dalam cadangan untuk membeli satu buah rumah kedai di Utara.

Bermula dari tahun 2006 sehingga tahun 2017, Kopen Maju Sdn Bhd telah mengeluarkan 34 jenis produk yang mana telah dicetak dengan jenama sendiri dan memenuhi aspek keselamatan Jabatan Penjara Malaysia.

Semua bekalan Kopen Maju ditempah khas daripada kilang-kilang yang mempunyai sijil halal yang berdaftar dengan Jakim dan mematuhi piawaian Amalan Pekilangan yang Baik (GMP). Kopen Maju telah mengeluarkan mi segera dan biskut yang dibungkuskan di dalam beg plastik yang lutsinar tanpa ‘aluminium foil’ (lapisan timah) yang mana boleh disalahgunakan oleh banduan dengan cara membakar aluminium tersebut dan dijadikan sebagai bahan dadah. Plastik lutsinar tersebut telah dicetak dengan jenama sendiri untuk mencapai kualiti yang terbaik tanpa menanggung kos yang tinggi.

Untuk mengekang penularan jangkitan HIV/AIDS dan mengurangkan penyakit hepatitis B dan hepatitis C di kalangan banduan yang berkongsi jarum suntikan dadah yang disembunyikan di dalam tapak selipar dan diedarkan di kawasan penjara, Kopen Maju telah menukar bahan selipar jenis ‘foam’ (tapak diisi penuh) yang berwarna hitam kepada selipar jenis ‘skeleton’ (tapak berlapisan nipis dengan sokongan tulang sahaja) yang diperbuat daripada bahan PVC yang fleksibel dan bersifat lutsinar atas permintaan pihak JPM.

Semua barangan yang dibekalkan oleh Kopen Maju telah direka khas dan memenuhi ciri-ciri keselamatan yang diluluskan oleh IPPM untuk kegunaan penghuni di dalam kawasan penjara. Contohnya, Kopen Maju telah memperkenalkan berus gigi jenis ‘fingertip’ yang disarung pada jari bagi menggantikan berus gigi biasa yang terdapat di pasaran agar dapat mengelakkan pemegang plastik yang keras diubahsuai oleh banduan menjadi senjata yang tajam dan berbahaya.

Menyedari risiko yang dihadapi oleh JPM sekiranya banduan salahguna telefon bimbit untuk menjalankan kegiatan haram, mengugut mangsa, saksi atau pegawai dan merancang pelarian dari penjara, Kopen Maju telah mengikut nasihat KOPEN membekal syampu dan ubat gigi jenis ‘gel’ diisi dalam bekas lutsinar selepas berlaku kes dimana Unit Keselamatan Penjara (UKP) berjaya merampas telefon bimbit yang diseludupkan oleh tahanan didalam bekas syampu berjenama.

Selepas KOPEN dilantik sebagai pengedar tunggal oleh Bahagian Vokasional Dan Industri IPPM, Kopen Maju mula mempromosi hasil keluaran Penjara jenama ‘My Pride’ seperti Pencicah Cili Segar dan Kering daripada Penjara Pengkalan Chepa, Kicap Masin dan Manis daripada Penjara Pokok Sena, dan Sos Cili daripada Penjara Seberang Prai ke kantin tempat jumpa.

Menyahut seruan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Y Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Haji Omar untuk mengupah bekas banduan, Kopen Maju menceburi bidang industri kecil serdehana (IKS) mengeluar ‘Non-Woven Bags’ dan bekerjasama dengan pihak penjara untuk melatih banduan menghasilkan beg mesra alam mengikut rekabentuk, saiz dan warna yang dikehendaki oleh pengguna.

Latihan ini telah bermula di Penjara Kajang untuk membuat beg promosi Kopen Maju dan masih diteruskan di Penjara Sungai Buloh untuk membekal beg membeli-belah kepada kantin tempat jumpa yang mendukung hasrat kerajaan melindungi alam sekitar. Kekurangan peralatan ‘silk screen printing’ di bengkel-bengkel penjara dan pengetahuan melibatkan percetakan di kalangan pegawai menghalang perkembangan projek ini kerana kebanyakan tempahan beg bertujuan untuk mempromosi jenama atau logo syarikat.-

Kopen Maju juga telah menjalin ‘Smart-partnership’ dengan PERSIAP Malaysia dalam memasarkan produk kacang-kacang ke institusi penjara bagi tujuan mencari dana dalam membantu menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan PERSIAP Malaysia

Sehingga kini, Kopen Maju Sdn Bhd telah berurusan dengan 31 buah institusi penjara di seluruh Malaysia iaitu-:

  1. PENJARA SUNGAI BULOH
  2. PENJARA KAJANG
  3. PENJARA WANITA KAJANG
  4. PENJARA SEREMBAN
  5. PENJARA KLUANG
  6. PUSAT KOREKSIONAL JOHOR BHARU
  7. PENJARA SIMPANG RENGGAM
  8. PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MUAR
  9. PUSAT PEMULIHAN PERMASYARAKATAN (KEM GEMAS)
  10. SEKOLAH HENRY GURNEY
  11. PENJARA INDUSTRI JASIN
  12. PENJARA SUNGAI UDANG
  13. PENJARA DUSUN DATO’ MURAD
  14. INSTITUT PEMULIHAN DADAH
  15. PENJARA SEBERANG PRAI
  16. PENJARA TAIPING
  17. PENJARA TAPAH
  18. PENJARA POKOK SENA
  19. PENJARA ALOR SETAR
  20. PUSAT PEMULIHAN AKHLAK BATU GAJAH
  21. PENJARA PULAU PINANG
  22. PUSAT KOREKSIONAL PERLIS
  23. PENJARA SUNGAI PETANI
  24. TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN-KEMTA
  25. PENJARA MARANG
  26. PENJARA MACHANG
  27. PENJARA PENOR
  28. PENJARA PENGKALAN CHEPA
  29. PENJARA BENTONG
  30. PUSAT KOREKSIONAL DUNGUN
  31. PUSAT PEMULIHAN PERMASYARAKATAN (KEM DESA PAHLAWAN)

KOPEN