KOPEN

Unit KOPEN Mart

Seperti yang sedia maklum, sehingga kini terdapat 12 Kopeniaga yang beroperasi di seluruh Malaysia. Pada tahun 2015, Kopen Induk telah membuat beberapa lawatan ke Kopeniaga untuk memantau operasi Kopeniaga, memantau kewangan dan sebarang penambahbaikan yang boleh di buat. Antara Kopeniaga tersebut adalah Kopeniaga 2 - Penjara Pokok Sena, Kopeniaga 6 - Penjara Penor, Kopeniaga 8 – Penjara Simpang Renggam dan Kopeniaga 12 – Penjara Seberang Perai.

Selain dari itu, Kopen telah memperkenalkan Sistem ‘POINT OF SALE’ Ebizu untuk di pasang di beberapa kedai Kopeniaga bagi memudahkan urusan jual-beli dan pemantauan dari pihak induk. Kopeniaga yang terlibat adalah Kopeniaga 1- Penjara Kajang, Kopeniaga 6 – Penjara Penor dan Kopeniaga 8 – Penjara Penjara Simpang Renggam. Pemasangan akan di pasang di Kopeniaga berikutnya secara berkala.

Pada awal tahun 2016, pihak Kopen telah bekerjasama dengan BSN untuk melantik semua Kopeniaga sebagai Ejen Bank BSN. Dengan adanya Terminal Post yang dibekalkan BSN ini, Kopeniaga dapat membuat transaksi jualan top-up, bayaran bil dan pembukaan akaun bank BSN serta membuka akaun Sijil Simpanan Premium (SSP)di cawangan Kopeniaga. Sehingga setakat April 2016, Kopeniaga yang telah menjadi ejen BSN iailah KOPENIAGA 1 – Penjara Kajang, KOPENIAGA 3 – Penjara Tapah dan KOPENIAGA 5 – Penjara Kluang. Lain-lain KOPENIAGA di dalam proses pemasangan adalah KOPENIAGA 4 – Kota Kinabalu.

Pada awal April yang lalu, Kopen bersama Juru Audit Dalam telah ke Kopeniaga 6 – Penjara Penor dan Kopeniaga 9 – Penjara Bentong untuk membuat audit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pihak audit juga telah memberi nasihat dan tunjuk ajar berkenaan cara penyediaan laporan yang betul.

Aktiviti selepas ini adalah untuk memantau beberapa Kopeniaga bermasalah dari segi pengurusan dan jualan seperti Kopeniaga 10 – PPA Machang dan Kopeniaga 11 – Penjara Puncak Borneo.

KOPEN