KOPEN

LATAR BELAKANG KOPERASI

Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN)

Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) ialah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Ordinan Koperasi Malaysia Bil. 33 Tahun 1984. Ianya telah ditubuhkan pada 6 hb. November 1981.

KEGIATAN UTAMA KOPERASI

Memberikan kemudahan untuk menyimpan dan menyediakan perkhidmatan pembiayaan kepada anggota Koperasi.

AKTIVITI LAIN KOPERASI

• Simpanan wang anggota
• Pembiayaan peribadi
• Pembiayaan pengguna
• Agen Etiqa Takaful / Takaful Ikhlas
• Sewaan bangunan / kediaman
• Percutian di Port Dickson
• Menganjurkan aktiviti umrah / bercuti
• Pasarmini Kopeniaga
• Pembekalan barangan keperluan banduan
• Pembekalan peralatan keselamatan
• Pembekalan alat telekomunikasi
• Pembekalan uniform dan aksesori
• Menganjurkan kem-kem motivasi dan latihan
• Memberi perkhidmatan katering

KEANGGOTAAN KOPERASI

Keanggotaan bagi tahun 2017 sebanyak 8,173 ahli dan modal yuran anggota Disember 2016 ialah sebanyak RM 32, 472,491.97. Jumlah aset KOPEN sehingga Disember 2016 ialah sebanyak 45,981,458.11

 

WISMA KOPEN

KOPEN