KOPEN

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

Prinsip-prinsip Koperasi

Prinsip Pertama - Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Prinsip Kedua - Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Prinsip Ketiga - Penglibatan Ekonomi oleh Anggota
Prinsip Keempat - Autonomi dan Kebebasan
Prinsip Kelima - Pendidikan, Latihan dan Maklumat
Prinsip Keenam - Bekerjasama antara Koperasi
Prinsip Ketujuh - Berprihatin Terhadap Masyarakat

Perlu disedari prinsip-prinsip Koperasi pada asasnya bertentangan dengan prinsip permodalan swasta. Ini dinyatakan melalui matlamat penubuhan, sistem perakaunan, pembahagian untung dan juga cara susunan kuasa di dalam organisasi. Dari itu, tidak munasabah jikalau Koperasi hendak digunakan sebagai platform untuk menggalakkan sesuatu kumpulan masyarakat untuk masuk menjadi anggota permodalan swasta.

Perlu diketahui oleh seluruh anggota Koperasi dan pemimpin negara umumnya, bahawa prinsip-prinsip itu adalah satu sistem yang berkait rapat antara satu sama lain. Namun demikian dari semasa ke semasa mengikut keadaan ekonomi dan berdasarkan tujuan asasi Koperasi, amalan prinsip itu boleh diubah dengan sewajarnya.

Yang demikian dari cita-cita dan prinsip-prinsip tersebut, Gerakan Koperasi memainkan peranan yang berkesan dalam merangsang pembangunan ekonomi negara serta usaha untuk meningkatkan sosio ekonomi anggota.

KOPEN